Showing posts with label Mood. Show all posts
Showing posts with label Mood. Show all posts

Believe

39704_142754089076783_140260422659483_325851_4293775_n_large


Sometimes I believe dreams have their own secret energies. From time to time, you gonna catch a significant ones which you could relate to your reality. It's either positive or negative. I guess it's more to what you believe from deep within thyself. Other time around, it would be left as the game of the mind. Shuuhh away.





Yet, I always feel inferior. Kenapa ya ? 

Sebab kau tak percaya dengan diri kau sendiri Ain. Masih dengan Low Self Esteem ! Bangun la der, you can beat them with your own style.  

Tetapi entah mengapa, aku masih tak percaya aku boleh buat * geram * Mungkin terlampau lama duduk di bawah membuatkan aku rasa tak mampu. 

Kau terlalu pandang orang yang berada di atas, sampai kau lupa kau punya segala lebih daripada orang yang berada di bawah !

Tapi aku..

Apa lagi yang hendak kau tapi kan ? Enough of tapi, berhentilah memberi alasan ! Kau seharusnya bersyukur ! Kau punya segala, kau punya keluarga, punya akal, punya fizikal yang lengkap hatta nikmat Tuhan yang paling besar juga kau ada. Kau ada kesempatan ! Kau masih ADA. Kau ada DIA.

Jadi pastinya peluang itu masih ada, masih terbentang luas untuk kau terus berusaha mengecapi apa yang kau impikan. Jangan kau bandingkan nikmat yang mereka dapat dengan nikmat yang kau punya. Kerana ujian mereka juga berbeza dengan ujian yang kau hadapi. Bersyukur lah & Believe in Him.

Ya, aku lupa untuk bersyukur. Aku lupa Aku punya Dia & Bila aku punya Dia, aku lupa aku punya segala sebenarnya :]

:// Ya Allah, kau jadikan lah aku daripada golongan yang sedikit itu ya Allah, iaitu golongan yang mensyukuri nikmatMu. Allahumma Ameen. - Doa yg sering diamalkan oleh Saidina Umar Al Khatab -



Sedetik lebih


Malam tadi, ditemani dengan linangan air mata. Entah apa yang aku tangis kan. Disaat kesakitan menyerang.  Menangis dan berdoa semata yang mampu. 

Allah..lemahnya..


Seketika, suara itu kedengaran. Pintu bilik terkuak, dan melihatkan wajahnya yg dicintai. Hati jadi sejuk. 

" dah okay ke ? ubat dah makan.. ? "

 Tangannya sekejap sekejap singgah didahi dan dileher. 

Tekak yang perit dengan toncil menyukarkan untuk menjawab. Mengangguk lemah. Mata  yang kian memberat memaparkan visual kelam. Hanyut di bawa mimpi. Yang kedengaran hanya derapan kaki yang keluar masuk daripada bilik, virtual suara suara yang tenggelam timbul dan imej cahaya yang memantul. Pastinya si adik hanya membuka lampu sisi katil agar lenaku tidak terganggu. Bangun dengan keadaan yang terhuyung hayang untuk ke tandas dan menunaikan solat maghrib dalam keadaan duduk. Benar benar lemah. Allahu Akbar !

" Macam mana nanti ni..kalau Ummi dah tak ada..asyik sakit je, siapa yang nak jaga awak macamni lagi..hm ? Tak boleh la gini selalu..kuat sikit. Esok esok nanti nak harapkan siapa lagi..kena jaga diri sendiri..jaga kesihatan..nanti dah tak ada siapa nak ingatkan awak makan ubat..kenalah pandai pandai sendiri.."

Saat itu, mata menangis lagi. Dan malam tadi, ketika kelemasan dengan haba dibadan dan pening yang merasuk kepala. Ummi datang lagi menawarkan bantuan. Kepala diusap lagi.

" Awak demam panas ni..kita pergi klinik ye ? Jom Ummi bawak awak. Nak ? "

Menggeleng laju dan menarik gebar ke atas, menutup muka.

Jam berganti jam, Ummi masuk lagi. Lengkap berblazer dan bertudung. Dahiku dicium dan tanganku digenggam. " Ummi dah nak pergi ni..makan ubat tau jangan lupa..awak demam lagi ni..pergi klinik esok ye dengan ayah. Ummi dah nak kena pergi outstation. K ? Bye sayang "

Kepergian Ummi hanyku iringi dengan linangan air mata. Kelibat Ummi di hujung pintu itu direnung, takutnya pada waktu itu.. kalau kalau tuhan mengambil nyawa bonda tercinta ketika aku tiada di sisinya. Ya Allah..takutnya..Allah..Allah..

Bagaimana kalau tiada lagi insan yang seorang ini disampingku ?
Siapa lagi yang akan menjagaku ketika aku sakit ?
Siapa lagi yang hendak memberiku kata kata semangat ?
Siapa lagi yang percaya akan kebolehanku selain dia ?
Siapa lagi yang akan menenangkanku disaat aku kesedihan ?
Siapa lagi yang hendak aku rebahkan kepalaku ini ? 
Siapa lagi yang hendak mengingatkanku tentang solat ku  ?
Siapa lagi yang hendak mengusap ubun ubun dan mencium dahiku ?
Siapa lagi yang hendak mengingatkanku tentang kesihatan ku ?
Siapa lagi yang sanggup berleter mengingatkan ku setiap masa sepertinya ?
Siapa lagi yang hendak mengasihi ku seperti dia mengasihi ku ?
Siapa.. siapa ?

Allahu Rabbi.. saat itu, doa terus terusan dipanjatkan. Doa orang yang sakit ini pasti didengar oleh Allah. Itu yang pasti. Dan ketika itu juga, satu satunya perkataan yang terlintas di fikiran hanya lah MATI. 

Allah...cabutlah nyawaku dahulu sebelum Kau cabut nyawa kedua ibubapaku..sungguh aku tak sanggup. Ya Allah..benarkan lah aku berbakti dan membuat mereka merasa bangga denganku ketika hayat mereka... Ya Allah..mungkin kasih sayangku kepada mereka tidak setanding  dengan kasih sayang yang mereka curahkan kepadaku, namun hanya Engkau pemilik cinat yang agung..yang mampu memberi kasih sayang itu. Ya Rahim, kasihilah mereka lebih daripada kasih sayang yang mereka curahkan padaku. Sungguh aku benar benar tidak tahu  untuk menzahirkan kasih ku ini, hanya Engkau Ya Allah yang dapat membantuku.. Ya Allah..  tempatkan lah dan matikanlah  kami sekeluarga dalam golongan yang beriman..iman yang benar benar sempurna..Hasbiallahu..Hasbiallahu..Hasbiallahu.. Amin Ya Allah. Amin.



Fi Amanillah.

:____
Kasihku yang terzahir diluaran sesungguhnya tidak mampu mengungkapkan dan menggambarkan kasihku yang suci, yang sebenar di dalam hati. Bicara hati dengan linangan air mata, moga Allah memberkati dan membalas jasamu Bonda tercinta. Puan Ana Faiza Md Nor :]