Kembali


True indeed.

Kadang kadang diri ini terlalu memandang tinggi pada kelebihan dan kemajuan orang lain di jalan ini sehingga membuatkan hati merasa goyah lalu disuntik dengan bisikan futur oleh syaitan durjana. 

Kita sebenarnya terlalu sibuk mengira kenikmatan orang lain sehingga kita terlupa bersyukur berapa banyak nikmat yang telah kita dapat dari Allah selama ini.

Benar, hati ini masih belum ikhlas mensyukuri. Mengakulah wahai hati !
"fabi ayyi alaa irobbikuma tukadziban"

Please, don't stop finding Him. * Aku perlu sendiri buat masa ini utk mencari Dia



+++++

Pada mata yang sedang bertungkus lumus mencari. Pada jiwa yang sedang perlahan-lahan mati. Pada akal yang letak warasnya di sana sini. Pada hati yang gemar memencilkan diri.

Aku menangis pada Dia dalam bisik paling sayup pernah kau dengari. Dalam sendu yang ditahan-tahan bunyi. Aku mencari alasan untuk melagukan irama dalam sepi.

Sungguh,
aku tertanya-tanya sampai bila aku akan terus diuji senegini rupa. Ujian keimanan. 

Dan jawabnya, hingga terputus nyawa dari badan.

Moga disuntikkan semangat para mujahidin & srikandi srikandi islam ke dalam jiwa. Iya, aku pohon rasa itu. Biar kekal. Agar hati ini kental, tidak mudah pecah. InsyaAllah :)

+++++



And you know what ? It's between choices, do whispers. and pray in humbleHE listens to us. Just get going and sway, insya allah everything will be okay at the end, if it's not then it's not the end. I won’t allow my rhythm to be interrupted, because I don’t want to create a void. I know, if I might sometimes giving up with my life, & I will start to expect more. I'm dancing in my own pace and song. 

But hey, it's a long journey to be. Harapan masih ada. Takkan berhenti setakat ini.

Kenapa perlu kau biarkan sedih itu memenjarakan diri kau sendiri ? Saat orang lain mampu tersenyum, menggunakan waktu hidup ini sebaik mungkin, engkau pula masih terperuk disitu memikirkan masa hadapan yg tak pernah bersudah. Bukankah semua itu menyiksakan ? 

Aku hairan, entah mengapa ya jika tercicir sedikit drpd insan lain dalam bidang kehidupan duniawi ini kecewanya sehingga bisa menghasilkan tujuh buah tempayan air mata puteri gunung ledang. Sedangkan jika setitik noda hitam kau calitkan di hatimu, tiada pula walau setitis kau tumpahkan air mata tanda kekecewaan terhadap dirimu. 

Seems like unfair, Sedangkan Dia yang hadirkan kau kejayaan, tidak pula kau tahu erti syukur. Sebaliknya kau bangga, gahnya dikau. Kata engkau,

 " Aku study hard kot, mesti ahh dapat "


Hm, haih. Dunia dunia. 

:_____

p/s: Bukan on mood utk mengarang entry. Idea mencurah tapi tak sempat ditapis. Berserabut. *sigh*

Fi Amanillah !


Saat ujian itu datang


Hari itu, saat kaki melangkah ke sekolah buat sekian kalinya. Kau terkaku, mulut terkumat kamit berdoa, meminta. Pucat di wajahmu usah ditanya, ketar kakimu jangan dipersoalkan. Iya, semua orang tahu hari itu hari yang teramat menggusarkan. Benar bukan, kau amat gentar akan ujian yang satu ini ? Tak henti henti kau memikirkaan tentangnya. Bertalu talu soalan yang kau lontarkan,

Ya Allah! Mampukah aku cemerlang dalam exam ini ? Mampukah aku lulus ? Mampukah aku ya Allah ??
Di saat hatimu mula berombak,  kau gagahi diri untuk berdepan dgn hakikat yg bakal kau terima sebentar lagi. Dirimu sudah tidak lagi tenang, hatimu sudah tidak lagi mantap untuk melangkah, tidak sabar utk meraih sebuah kejayaan. Dan detik itu, tatkala kertas yg bakal menghantui masa depanmu itu bertukar tangan, dalam hati masih belum berhenti mengharap. Mengharap akan sebuah kejayaan bakal terukir buatmu. Lalu cepat cepat kau lihat kertas ditangan. Detik itu, cerlung matamu melihat kertas itu, keatas dan kebawah. Berkali kali kau meyakinkan diri, ditanganmu itu sememangnya milikmu. Helaian itu, kau genggam erat. Bergenang air mata ditubirmu. Lantas kau terduduk.  Allah ! Apa nii ?
Saat itu, terasa seakan akan dunia ini kelam buatmu.
Kau mula merasakan harapan sudah mulai suram. 
Akhirnya air mata menjadi peneman. 
Deras menderu. Membasuh kekecewaan hatimu.
Doa-doa syahdu kau adukan pada Allah. Penuh penyesalan.
Namun, ada satu yang kau takkan mampu berdalih lagi..
Iya..kau takkan bisa menipu dirimu sendiri, 
dan akan terus mempersoalkan satu demi satu.
‘ Mengapa jadi begini pada aku  ? Kenapaa ??! "
‘ Ya Allah, kenapa result aku begini ?’
Mengalir laju, tidak henti henti air matamu. Sungguh sungguh gambaran kegagalan itu tersangat menakutkan dirimu . Membelenggumu setiap saat. Membayangkan ekspresi ibubapamu ketika kau menghulurkan slip keputusan, Allahu Akbar ! ..sungguh kau tak mampu.
Dikau teramat amat takut ditimpa bala yang berat. Takut akan malu yang datang bertimpa-timpa. Rasa rendah lagi hina. Dan hakikatnya kau teramat takut akan sebuah pernyataan ini. 
Ya. KEGAGALAN DALAM PEPERIKSAAN
Hatimu mula rapuh akan janji Allah padamu.
Sudah mula ragu-ragu akan takdir dan ketetapan yg Allah beri buatmu.
Dan kau berkira-kira selama ini, usaha kamulah yang memberikan kejayaan buat kamu.
Kau lupa, kau alpa. Kerana kau fikir usahamu yg akan membuahkan hasil lah sebenarnya membuatkan kamu merasa gentar dan teramat takut. Takut akan kegagalan itu akan menghantui diri kamu. Sehingga kamu sendiri menyalahi apa yang dahulu kamu sorakkan pada dirimu sendiri :
USAHA TAKKAN MENATIJAHKAN KEPUTUSAN.
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا
30. “Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila di kehendaki Allah.”
(Surah al-Insan)
Dan sungguh, satu masa dahulu, kita semua sebenarnya amat amat yakin akan ayat Allah ini.
فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا
19. “Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan A llah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)
Inilah dia kata-kata kalamullah. Dan sungguh kata-kata ini amat benar. Jangan pernah didustakan kata kataNYA yg sudah Dia toreh di dalam kitab indahNya. Kerana apa yang dijanjikan pastinya akan ditunaikan. Tinggal kita yg perlu percaya. Percaya, percaya dan terus percaya.

Sememangnya menunggu keputusan peperiksaan ini benar-benar menjadikan kita demam. Isk ! Menyesakkan sungguh ! T^T
Namun, di saat ujian ini menimpa diri kita, Mengapa kita mula goyah dan lari dari pada kenyataan ini, lantas kembali kepada keadaan yang asal , seolah-olah kita semua tidak pernah mendengar ayat ini.
Bukankah ALLAH akan menguji kamu, sampai kamu benar-benar-benar-benar yakin akan janji dan ayat-ayatNya ?

Bukankah ALLAH akan menguji kamu, sampai kamu benar-benar laksanakan apa yang kamu katakan ?
Sahabatku sayang, saya amat amat memahami getaran dan kerisauan yang bertujah di lubuk jantung antum semua.  Saat syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan kamu dan membayangkan kegagalan yang sangat mengecutkan perut kamu. 
Sehingga kamu lebih yakin pada usahamu berbanding rahmat Allah dan pertolongan dari Allah. Sehingga kamu tidak yakin ketentuan yang Allah telah berikan dan tetapkan pada kamu. Sehingga kamu merasai dunia kelam dan hancur hanya kerana kamu gagal menjawap pada sebuah kertas peperiksaan. Sehingga kamu tidak menyedari, kamu takut akan sesuatu perkara yang telah Allah telah tetapkan buat kamu, dan seharusnya tidak perlu kamu takuti.
Kerana apa ?  Kerana,
أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٦٢)ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَڪَانُواْ يَتَّقُونَ
Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada ketakutan terhadap mereka dan tidak bersedih hati. (62) ] orang-orang yang beriman dan mereka bertakwa. (Yunus: 62-63)
Orang beriman tidak akan takut dan tidak akan sedih.
Kerana dia YAKIN, segalanya telah ditetapkan oleh Allah.
CUMA..
Mungkin Allah suruh kita berusaha untuk kita DAPATKAN PAHALA dari Allah.
Dan untuk mendapat pahala jihad, Bukan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.
Kerana keputusan yang baik, kejayaan yang cemerlang, 
adalah hadiah dan rahmat dari Allah :DD
Kejayaan datang BUKAN kerana usaha kita. *Ingat, ingat & tanam dalam diri !*
Yakinlah, apa yang Allah dah takdirkan, itulah yang terbaik. Apa keadaan sekalipun..Tetap yakin ! Moga kita semua diberikan kekuatan untuk menghadapi keputusan imtihan yang tidak mudah dan teramat sukar ini.
Allah itu ada, trust me.
And I believe insyaAllah, InsyaAllah dan InsyaAllah kita semua akan pasti bertemu dengan kejayaan di medan ini. Kalau pun bukan sekarang, ia pasti akan datang suatu hari nanti. Percayalah, yakinlah dengan sebenar benar iman =)

Fi Amanillah !
:_______

p/s: Saya menulis bukan kerana saya lansung tidak gentar cuma hasil tinta kata saya ini juga menjadi peringatan buat diri saya sendiri yang mudah alpa. Kerana saya juga, berdiri di tanah yang sama dimana kalian berdiri, menanggung satu rasa yang sama. Dan rasa gentar itu juga terkadang kerap menyapa hati yang tenang tetapi saya cuba pupuk ketenangan itu dengan menyatakan pada diri sendiri, ALLAH ITU PASTI AKAN MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK DIRIMU. HARINI, ESOK, BAHKAN SELAMANYA. Tinggal kita sahaja yang perlu yakin , La haula wa la quwwata illa billah ^^.