We never know




Kita tak tahu. Setiap manusia yang kita lihat itu, ada kelebihan mereka tersendiri. 

know what ? 


Yes memang SMK-ians terkenal dgn kehidupannya yg social

yang berpakaian 'agak' kurang mematuhi kehendak syariat
tapi tapi tapi..

sebenarnya, golongan itu bukan semuaRepeat, ulang suara : BUKAN SEMUA. capslock.


Mereka yang menjaga, adakalanya menjadi 'mangsa' kepada golongan yang tak menjaga. Know what i means ? mungkin secara mata kasar nya, kita lihat mereka tak menjaga batas, tp sebenarnya golongan 'yang kurang memahami' ini yang sebenarnya, 'kurang' menghormati mereka yang menjaga. maknanya, kita tak boleh la nak blame sesiapa.

'kebenaran' harus di suluh, agar mereka faham.

Dengan menjadi contoh terbaik buat yang lain.


Sejuk hati. ringan kaki pabila melangkah saja ke usrah atau tazkirah, bacaan dhuha dialunkan. beserta asma'ul husna. cumanya, mungkin tak semua akan terus menerus mendapat hidayah dan terbuka hatinya untuk berubah.



mungkin. makan masa.
we never know.

kata orang, 

kalau tak mampu nak menegur, 
cukup membenci nya dengan hati 
dan terus kan berdoa moga ada sinar perubahan dalam diri mereka.

mereka. adalah mereka. 

kenal, tak kenal, kurang kenal, 
pernah jumpa, 
pernah berkerjasama, 
pernah sekelas, 
pernah pandang, 
pernah tegur, 
tahu nama, 
tak tahu nama. 

tapi tahu tak,

tujuan kita sebenarnya sama ?




kita tak tahu. dengan pakaian yang mungkin tak berserban atau berjubah. mungkin tak, bertudung labuh atau berjubah. tapi sebenarnya, kaki yang sedang melangkah itu rupanya, menuju ke masjid, rupa-rupanya hendak bergegas ke usrah. mulut kumat kamit, sumbat earphone, rupanya sdg menghafaz bacaan ayat-ayat suci al-Quran. mata yang terpejam, rupanya dia seorang hafiz. lasaknya mereka, rupanya mereka hafaz hampir separuh juzu' al-Quran. aktifnya mereka rupanya boleh jadi imam.


subhanallah!


kadang-kadang, bila mula mengenal. Aku tersenyum. Husnuzzon please ?

Kita boleh sebenarnya, cuma kadang-kadang bila bukan dalam suasana yang 'terlalu' Islamic. we felt lonely. but actually not. they are hiding somewhere. wink but believe me, they still have imaan inside their heart. cuma, mungkin nak fit into different situation, ikut flow peredaran semasa la brader. Buat orang impress dengan pegangan 'agama' yang ada pada kita, confremm they will fall in love!



Hasil penulisan ini, bila dah hampir lima tahun belajar di SMK biasa dan belajar di dalam aliran agama. Sekadar perkongsian buah fikiran yang sangat terbatas. tp hanya ingin berkongsi! :a2: dah lama nak menulis, tapi.....




wallahualam
till next time ! insha-Allah! Fi Amanillah.


:_
p/s: pesanan buat diri sendiri terutama!

Malam ini

Malam ini


kenangan lama itu datang dengan sendiri. 
Tajam menusuk nusuk ke dalam. 
Pedih

Mata pula tak mampu nak lelap, mungkin kerana ter over-dos injection santapan mata di petang hari yang tak disengaja kan. *Ohh, lama lama macamni mau blackout kepala* Haish.  


Alangkah bagusnya kalau setiap satu titis air mata yang jatuh mengalir di pipi itu hanya kerana hati dipenuhi dengan rasa cinta kepadaNya yang satu. 

Memanglah kan Dia yang ilhamkan rasa tu, tapi kita kenalah pandai pandai takecare of it & behave ourself. Bila semua rasa yang timbul tu kita dapat kawal hanya kerana cinta kepadaNya, barulah akan terbit satu rasa yg ikhlas yg suci yg kita sendiri tak dapat nak zahirkan rasa tu. Ye tak ? 

Tepuk dada, tanya iman. Pernah cuba ke ? Seserious itu kau mampu lakukan ?
Sanggup ke nak tahan bro ? Hmm ! Sama sama fikirkan, your life you choose.


******


Motif like tak tentu pasal ? Motif off bila saya on ?  * sah la putus fius *

Ini bukan mimpi, ini reality. No matter what, you have to face it. Masalah tak akan selesai if you keep running away, malah dia akan mengejar dengan cara menimbulkan lagi satu masalah lain. Seserabut mana kepala, seremuk mana hati, setinggi mana ego, sampai satu saat itu, kau kena dan terpaksa juga hadapi  dengan hati yang terbuka.

Memori itu ada, takkan kemana. Ianya kekal disitu. Engkau ? Ya, terpulang. Rasa nak simpan, silakan. If not, just chuck into the bin. Dan aku ? Aku, hanya jadi pemerhati yang setia. Pengalaman itu guru terbaik buat aku. Jadi aku biarkan ia duduk disitu. Tenang. Hidup perlu diteruskan :]

Alter Ego. Hah, nak sama taraf dah dengan tinggi KLCC. Apa daa. 

Terlalu mengagungkan kuasa Ego, hmm jangan sampai menyesal di kemudian hari sudah. Kuasa Ego memang superb, sebab apa ? Sebab kata seorang teman,

" Ego tu sengaja jer orang barat tanamkan dalam diri manusia. Lelagi orang islam macam kte nih. Konon konon nak kte nampak macam ego tu baik padahal sebab ego lah  dunia sekarang jadi macamni. Tunggang terbalik. Manusia saling berbunuhan. Tumpah darah sana sini, rebut harta n so on. Nabi Muhammad pun tak ego. Ingat tak kisah nabi dicaci dimaki hamun dibaling dengan najis, ada ke dia ego ? Tak kan ? Lagi dia maafkan perempuan tu, ziarah perempuan tua tu adalah. Sedangkan nabi ampunkan ummat. So apa lesen kite sebagai umat dia untuk ego ?  Ingat, ego ni hanya merosakkan, siket pun tak datangkan pape. Ikutlah junjungan kte. I'll try to follow your way & do my best to live my life as you taught me. I pray to be close to you. On that day and see you smile when you see me :) "  

[ Tq Along, this one is yours. Thank you for teaching me the meaning of ego.
 Ingat sampai bebila. Serious ^^V  ]

Off topic, rethink & decide. 

:_____
p/s * Mengantuk, nak masuk tidur. Lega, dapat meluahkan. Kbai. *


Fi Amanillah.



She hope you took the risk..



..but the truth is  you don't. You never did. Even your heart knows it is right. 

*sigh*


Those who hesitate is probably right, sometimes saved or maybe, regret.










Maybe you can afford to wait. Maybe for you there's still so many tomorrow, for you to kill and rolled in it. But for me there's only today. The last day to live it to the fullest. And the truth is we really never know what's going to happen


Life costs us this pain and sacrifices as everything has its own price. The point is now, how far you can afford to pay? Are you brave enough to invest and take the risk? 

For everything you have missed, you have gained something else, and for everything you gain, you lose something else. This is life, what you give is what  you get back. 



Draw me silently, by the strong pull of passion. Drive me carefully, to the happiness of eternity. 



-Self illumination: get up and fix everything on your own. 




kerana kita bergerak kerana ditolak oleh rasa cinta, bukannya ditarik oleh natijah. Melakukan sesuatu kerana tanggungjawab itu akan melelahkan. Sebaliknya melakukan dengan cinta akan membuatkan segala-galanya nampak mudah! Dan sebaik-baik nikmat itu adalah Redha Allah

:___
p/s: Bukan kah begitu ?

Sedetik lebih


Malam tadi, ditemani dengan linangan air mata. Entah apa yang aku tangis kan. Disaat kesakitan menyerang.  Menangis dan berdoa semata yang mampu. 

Allah..lemahnya..


Seketika, suara itu kedengaran. Pintu bilik terkuak, dan melihatkan wajahnya yg dicintai. Hati jadi sejuk. 

" dah okay ke ? ubat dah makan.. ? "

 Tangannya sekejap sekejap singgah didahi dan dileher. 

Tekak yang perit dengan toncil menyukarkan untuk menjawab. Mengangguk lemah. Mata  yang kian memberat memaparkan visual kelam. Hanyut di bawa mimpi. Yang kedengaran hanya derapan kaki yang keluar masuk daripada bilik, virtual suara suara yang tenggelam timbul dan imej cahaya yang memantul. Pastinya si adik hanya membuka lampu sisi katil agar lenaku tidak terganggu. Bangun dengan keadaan yang terhuyung hayang untuk ke tandas dan menunaikan solat maghrib dalam keadaan duduk. Benar benar lemah. Allahu Akbar !

" Macam mana nanti ni..kalau Ummi dah tak ada..asyik sakit je, siapa yang nak jaga awak macamni lagi..hm ? Tak boleh la gini selalu..kuat sikit. Esok esok nanti nak harapkan siapa lagi..kena jaga diri sendiri..jaga kesihatan..nanti dah tak ada siapa nak ingatkan awak makan ubat..kenalah pandai pandai sendiri.."

Saat itu, mata menangis lagi. Dan malam tadi, ketika kelemasan dengan haba dibadan dan pening yang merasuk kepala. Ummi datang lagi menawarkan bantuan. Kepala diusap lagi.

" Awak demam panas ni..kita pergi klinik ye ? Jom Ummi bawak awak. Nak ? "

Menggeleng laju dan menarik gebar ke atas, menutup muka.

Jam berganti jam, Ummi masuk lagi. Lengkap berblazer dan bertudung. Dahiku dicium dan tanganku digenggam. " Ummi dah nak pergi ni..makan ubat tau jangan lupa..awak demam lagi ni..pergi klinik esok ye dengan ayah. Ummi dah nak kena pergi outstation. K ? Bye sayang "

Kepergian Ummi hanyku iringi dengan linangan air mata. Kelibat Ummi di hujung pintu itu direnung, takutnya pada waktu itu.. kalau kalau tuhan mengambil nyawa bonda tercinta ketika aku tiada di sisinya. Ya Allah..takutnya..Allah..Allah..

Bagaimana kalau tiada lagi insan yang seorang ini disampingku ?
Siapa lagi yang akan menjagaku ketika aku sakit ?
Siapa lagi yang hendak memberiku kata kata semangat ?
Siapa lagi yang percaya akan kebolehanku selain dia ?
Siapa lagi yang akan menenangkanku disaat aku kesedihan ?
Siapa lagi yang hendak aku rebahkan kepalaku ini ? 
Siapa lagi yang hendak mengingatkanku tentang solat ku  ?
Siapa lagi yang hendak mengusap ubun ubun dan mencium dahiku ?
Siapa lagi yang hendak mengingatkanku tentang kesihatan ku ?
Siapa lagi yang sanggup berleter mengingatkan ku setiap masa sepertinya ?
Siapa lagi yang hendak mengasihi ku seperti dia mengasihi ku ?
Siapa.. siapa ?

Allahu Rabbi.. saat itu, doa terus terusan dipanjatkan. Doa orang yang sakit ini pasti didengar oleh Allah. Itu yang pasti. Dan ketika itu juga, satu satunya perkataan yang terlintas di fikiran hanya lah MATI. 

Allah...cabutlah nyawaku dahulu sebelum Kau cabut nyawa kedua ibubapaku..sungguh aku tak sanggup. Ya Allah..benarkan lah aku berbakti dan membuat mereka merasa bangga denganku ketika hayat mereka... Ya Allah..mungkin kasih sayangku kepada mereka tidak setanding  dengan kasih sayang yang mereka curahkan kepadaku, namun hanya Engkau pemilik cinat yang agung..yang mampu memberi kasih sayang itu. Ya Rahim, kasihilah mereka lebih daripada kasih sayang yang mereka curahkan padaku. Sungguh aku benar benar tidak tahu  untuk menzahirkan kasih ku ini, hanya Engkau Ya Allah yang dapat membantuku.. Ya Allah..  tempatkan lah dan matikanlah  kami sekeluarga dalam golongan yang beriman..iman yang benar benar sempurna..Hasbiallahu..Hasbiallahu..Hasbiallahu.. Amin Ya Allah. Amin.



Fi Amanillah.

:____
Kasihku yang terzahir diluaran sesungguhnya tidak mampu mengungkapkan dan menggambarkan kasihku yang suci, yang sebenar di dalam hati. Bicara hati dengan linangan air mata, moga Allah memberkati dan membalas jasamu Bonda tercinta. Puan Ana Faiza Md Nor :]

Let's go to bed


Alunan melodi zikrullah dan nasyeed yang bermain-main di sisi telinga kanan dan kiri sedikit menjamah hati kali ini. It's been a while since, untuk punya waktu diam begini cuma meladeni hati yang menyesah berat. Twitter sebentar tadi sudah pun di sign out *yawning* Jenguk blog sebentar walaupun desakan hati yang sudah menjerit jerit mahukan sang peradu-an menemani dan kerlipan mata yang kian lama semakin kelam semacam. Agaknya terlebih air mata akibat menahan mesin mata yang hampir terkatup. Okay lately ni  I have been sleeping on the bed for more than a few hours,  I mean in waktu pagi lah for qailullah or having a quick nap after zohor. It's been a while since I cherish myself and enjoy the miraculous feeling of sleeping without a stop sign.

  

Sebenarnya boleh mewujudkan rasa muak dan letih, tetapi anda semua pasti akan paksa juga diri untuk tidur dan tidur walaupun beberapa kali terjaga bangun. Getting up to take a bath and grab some food nearly midnight, it feels good. As if you got nothing to worry about. Termasuklah aturan pemakanan sihat yang sedikit mencerun tunggang-langgang. Heh. I guess the more you aged, the heavier the burden. Atau mungkin sebenarnya itu cumalah frasa-frasa lemah yang diguna pakai untuk menyedapkan diri sendiri. Just to reassure yourself that it's okay to feel heavy and triple lazy because problems will always occur in years ahead- that it is normal to be mundane and just be where you are right now.

I have been trying real hard to manage a few things ahead my way. Not getting influenced by criteria people getting used to. I hope it turns out good. You know, the culture that has been injected into our society actually kills. Though silent and slow, it still does kill.

Beware. It's gonna kill you, and me too. Muahaha *evil laugh*


:___
p/s: #Sorry random post
Feel so sleepy rite now, tak larat nak karang ayat panjang berjela menggelebeh. Tak termampu rasanya kepala ini nak mencerna idea idea yang terkadang bernas dan terlebihnya tidak. *face palms* Allah, mata dah nak terpejam pejam dah ni. Oh okay, fi amanillah. Assalamualaikum :]

Kechiwa




Betullah.

Bila ada kecewa, rasa macam baru nampak banyak perkara. Nampak tak yang Allah sentiasa nak tetapkan dan luruskan hati kita. Bersihkan niat. Rasa macam, hmm..

salah satu bentuk pemakbulan doa, adalah dari "kekecewaan", mungkin siapa tahu kan ?


Inilah medannya ! Berseninya tarbiyah Allah, tapi tak semua yang mudah-mudah dan indah-indah. Ada hati yang jenis kena bagi penampar sikit, supaya cepat tersedar bahawa kita dah menyimpang dari track sebenar

Patutla ada yang cakap: "jangan buang luka. simpanlah dalam-dalam, biar tumbuh 'dendam' yang positif."

kalau macam nilah, rasa macam kena selalu kecewa jelah kan. =.='
barulah tetap dan elok balik duduk letak hati ni. 

fuuuhh, fuuuhh, fuuuhh!

alhamdulillah, syukur adanya Kechewa ! :)


____
kamus: Kechewa adalah sejenis bunga, yang lebih kurang Kekwa. tapi, duduknya dalam hati. uniknya, tak tercapai dek penglihatan. tapi, mampu dirasai. rasanya pahit-pahit sedikit. tapi saat dikunyah-telan, manis  sungguh-sungguh; nikmat dari gula. subhanallah!

sekian.

Could i have this


 

Saya teringin nak baca buku ni, I think i'd like to have this one as mine, tak suka ? Tak mengapa, tiada siapa yang memaksa :)

"Today, everyone writes. Everyone updates their status on Facebook and Twitter in a poetic manner, with poetic words, intentionally and unintentionally inspiring others. Poetry, philosophy, and language style are free for everyone to utilize. I am just another face in that crowd. In a world where only the radical and the popular stand out and sell, I am none of the aforementioned. I am very ordinary. Even writing this makes me feel unintelligent because I sound like a noob who’s creating a fuss out of a no-brainer, yellow book. I don’t think ordinary sells, which is why my publisher amazes me every single time. I find it quite difficult to chew and digest the fact that some people actually believe in my tiny ability to write. My vocabulary is shit, my style is inconsistent, my depth is shallow, my structure is nonexistent, my focal point is everywhere – I only have real stories and scattered imagination to offer. That’s it. Real stories. Scattered imagination.
For a girl, like me, all I want is to gratefully borrow these from God a little bit longer."
Langit Vanilla.
-Wani Ardy

Di simpang itu

Pagi ketika kabus masih pekat menyelubungi atmosfera, ada yang gigih mahu menyelesaikan misi katanya. Healthy lifestyle kot, gelak ummi meletus mendengar jawapan ini daripada bibirku. 

Tak apa, taknak percaya sudah. 
Muncung seribu dah terukir. Ummi senyum tak sudah.

Azam sudah dipasang, digantung setinggi bintang di langit. Voalla ! Niat mesti betul, baru semua menjadi. Ya, bersukan kerana aku orang islam. Allah tak suka hambanya yang lemah, so kita kena kuat kan ? Nak kuat, nak sihat, kenalah sukan, baru Allah sayang ! *senyum nampak gigi*

Basikal yang sekian lama setia menunggu segera dicapai, Berbekalkan semangat yang ado dan sengih kera comel, kaki mula mengayuh. Kedengaran suara memerli di belakang.

Eleehh, ingatkan nak jogging. Sekali main basikal je !
Taknak breakfast dulu ke ?  dah masak ni..

Segera kayuhan dihentikan, ketawa giggle giggleee.  toleh.
Eh okay what, cycling & swimming adalah the best sport tau. Sukan yg paling efektiff. "Haha,  taknak lah ! Assalamualaikum."

+++++

Bayu pagi memang best ! Dengan scenery kota metropolitan yang berlantaikan jalan tar dan pokok pokok menghijau disepanjang jalan, memang betul betul calming. Bunyi enjen kereta satu demi satu kedengaran. Pagi yang padat, pagi yang sibuk. Tar hitam mula dilimpahi pacuan beroda. Mengomel sendiri, Tak bestnya jadi orang dewasa. Sibuk kerja !

Kayuhan demi kayuhan, mata terkadang rapat dipejam. Menikmati bayu pagi disini.

"Ahh sejuk juga ! It's ain't that bad okay, bandar pun ada jugak laa bayu sejuk macamni. Elleh, ingat kampung je ada ke ? " *luahan budak bandar yg cuba pujuk hati sendiri* Cehh

Pepohon melambai lembut ditiup angin. Terus dan tak sudah sudah berzikrullah mengagungkan yg Esa. Beburung yang turut menyanyi, terasa diri bagai diiringi. Subhanallah!

Sampai di satu simpang, terasa lelah mengayuh. Break ditekan, hembusan nafas keras dilepaskan. Lelah. Dan ketika itu sebuah kereta meluncur laju dihadapanku. Entah mengapa mata seperti ditarik oleh magnet untuk terus memerhati lagi. Sejenak. Pandangan terhala ke arah kelibat sepasang adik beradik yg kelam kabut kelihatannya. Keluar masuk rumah. Hendak ke sekolah agaknya. focus. Dan perasaan itu datang lagi. Halus lembut menusuk hati, perlahan cuba ditepis namun..

Saat itu, air mata mengalir.
Disekanya. Mengalir lagi.
Dipandangya lagi, selang seli.
Si adik dan si kakak.

Segera dipalingkan muka ke arah lain. Air mata mengalir laju di pipi. 

"Ya Allah, Engkau kah yg mengilhamkan rasa ini kepadaku ? Apa sebenarnya yg mahu Kau tunjukkan kepadaku..Aku belum cukup kuat untuk melawan perasaan ini.."

Ya, aku lemah. Aku belum mampu menepis rasa ini. Di simpang itu, aku lihat seorang gadis. Manis berjubah, lembut wajah miliknya dibaluti sehelai tudung labuh. Berjalan ke arah ibunya mungkin. Dan si adik, lengkap berkopiah. Ditangannya, kukuh al quraan di peluk. Kedua dua mereka menyalami si ibu, mendakap mesra. Si kakak tersenyum, si adik tergelak. Lekas diciumnya pipi milik si ibu. Ubun ubun mereka pula dicium ibu. Cut scene !

Dan scene yang berlaku  kurang dr 5 minit itu berjaya menumpahkan air mata seorang aku. Sekelip mata. Entah apa sebenarnya yang aku tangiskan. Aku cuma. Cuma sebak. Mereka, dan aku. Jauhnya beza. Hmm, outfit sukan. sleeveless shirt dicover dgn sweater, tracksuite, sport shoes dan tudung biasa yg selalu aku sarung. Lihat mereka, lihat aku. Dan air mata tumpah lagi.

Di simpang itu, cuma aku dan Dia, bermonolog sendiri. Menghentam perasaan yang sebenarnya sudah lama aku selindungkan. Di simpang itu, Dia cuba membuatkan aku mengungkap apa yg aku simpan di kotak paling dalam hatiku selama ini. Mengakulah ! Sebenarnya kau mahu bukan ?  Dan disimpang itu, aku akhirnya akur juga dengan kehendak hati. 

Ya..sebenarnya aku mahu. Mahu menjadi seperti itu, mungkin seperti dahulu ditempat yang sepatutnya kaki ini berdiri. Mahu jadi seperti itu, bukan seperti yang cuba aku ikuti sekarang. Bukan. Semua sisa sisa yang aku ada sekarang ini hanya diatas kehendak yg terlalu mengikut  revolusi enviroment yang yg aku hadapi. Pernah aku kata kepada temanku, tak mungkin aku jadi seperti mereka. Kolot !

Tetapi sebenarnya..aku rindu. Rindu hendak jadi seperti pasangan adik beradik tadi. kerana, dahulunya..kehidupan aku jua begitu. Aku malu ! Malu dengan diri sendiri. Kenapa aku pernah jauh tersasar ? Sedangkan aku dibesarkan dengan acuan islam yang cukup sempurna. Al quraan dan sunnah tak pernah lari daripada pegangan keluarga ku. Malunya Ya Allah !  Sungguh aku malu teramat. Sedang ada keluarga yg biasa biasa sahaja namun mampu melihat anak gadisnya menjadi seorang yg cukup luaran dan dalamannya sebagai seorang muslimah. Terdidik jiwanya dengan tarbiah. Luhur hatinya dengan ihsan, manis bicaranya menyapa telinga. Sedang aku ?

Sedang aku, baru dapat melihat keindahannya itu sekarang. Baru belajar merangkak ke arah jalan yang aku tinggalkan dahulu. Baru menyedari jalan yang aku lalui dahulu adalah jalan yg sebenarnya yang aku mahukan untuk hati ku. Bukan jalan mereka yang sementara sahaja manisnya yang cuba aku ambil.  Mujur Allah menyentuh hati ini, Ya Allah..sayangnya Engkau padaku. Memberi peluang kedua untuk aku kembali menyembah kepadaMu. 


Syukur alhamdulillah, kau hantar mereka mereka yang dapat menarikku semula. Syukur ya Allah kau ilhamkan rasa damai itu apabila aku melihat mereka, apabila aku melihat kebaikan, apabila aku terdengar alunan kalam indahmu. Syukur Ya Allah, kau datangkan hikmah atas setiap satu luka yang kau berikan padaku. Terima kasih atas hadiah ini. 


Lantas air mata apa yang sedang aku berusaha untuk menyekanya sekarang ini ? Bukankah Allah sudah menganugerahkan anugerahnya yg paling besar kepada kau ? Rahmat dan hidayahnya yang sudah dilimpahkan kepada engkau ? Bukankah semua itu sudah kau dapati ? Lalu untuk apa aku menangis ini ? Untuk apa air mata ini ? Aku senyum* dan aku tahu masih ada yang kosong yang perlu aku tunaikan kedalam bentuk amal.


Ya, aku perlu.

Perlu menjadi diri sendiri semula.
Kerana aku tahu, apa yang diperlukan oleh hatiku.
Bukan mencuba meniru orang lain disekelilingku.
Bukan dengan gaya ini, bukan untuk kepuasan nafsu semata.
Bukan cara hidup seperti ini walaupun acuan hidupku islam.
Kerana masih ada yg tertinggal, masih ada yg perlu aku letakkan semula diempatnya.

Dan harapnya, aku mampu mengejarnya semula. Dan masih belum terlambat. Ya ALLAH, kau tegarkan hatiku, agar aku terus istiqamah melakukan kebaikan, kekal diatas jalan dakwahMu dan setia imanku denganMu. Allahumma Ameen !


:________
p/s: Doa doakan aku sahabat !



Feeling





Awak tau apa itu dosa ? Aha dosa yang kalau dulu dulu orang cakap, kalau buat masuk neraka * klise budak budak :) Dosa-dosa akan mengheret kita pada perkara perkara yang makin menambahkan dosa. Kalau tak disucikan, ia mungkin akan menyebabkan cancer.  Barah. Ini serious, no kidding. 

Sampai satu masa nanti, mungkin iman tak berdenyut lagi. Saat itu, kita yang dulu begitu sensitif dengan penyakit maksiat, akan jadi orang yang mengambil mudah dengan penyakit ini. Akhirnya, jadi tabiat. Habit. Kebiasaan, dan lama-lama sebati sebagai akhlak. Orang pandang pun, dah tak ada lg rasa malu. Apatah lagi, bila yang di langit tidak ternampak oleh mata, tidak terdengar ke telinga, dan tidak terasa di hati, malu itu tercabut. Tercampak entah kemana. Dan, bimbang sekali keimanan kita mencecah tahap zero. Hidayah Allah tidak sampai. Rahmat Allah tak mahu turun. Isk. Takutnya kan ?

Bercakap dari naluri dan perasaan lahiriah daripada hati sendiri.

Susah kan mahu berubah 100% tanpa berpatah balik?
Susah kan mahu istiqamah, tanpa jatuh?
Susah kan mahu menetapkan hati agar selalu teguh?
Susah kan mahu pujuk diri jiwa, supaya bersabar?
Susah kan mahu melepaskan nikmat-nikmat duniawi?
Susahkan mahu melanggar prinsip-prinsip kurang cerdik yang sudah sebati dengan diri?
Susah kan mahu buang karat-karat jahiliyah?
Susah kan mahu elak rindu yg jijik, yang kadang masih mencengkam naluri?
Susah kan mahu kikis cinta yang berbaur hawa nafsu, dan angan palsu?
Susah kan mahu tahan diri, sekat ego, buang malu yang tak selayaknya ada dalam diri ?
Susah kan mahu berlapang dada?

Kadang kadang, rasa macam nak  menangis. sepuas-puas hati haa. Biarlah sampai ke titisan air mata darah pun. Biar rasa ini hilang. Biar ianya pergi. Jauh dan tak akan kembali. 

Hah.
Dan, sungguh ya Allah.
Berkali-kali aku cuba.
Selalu jatuh, banyak kali
bukan sekali.

"Allah Ta'ala akan senantiasa menguji antum pada titik terlemah antum. Orang yang lemah dalam masalah uang, namun kuat dalam masalah jabatan dan wanita, tidak diuji dengan wanita dan jabatan. Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, maka akan diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah. Sampai ia berhasil memperbaiki kelemahannya itu, dan tidak lagi mudah tersinggung dan marah. Seorang yang sentiasa berlambat-lambat dalam dakwah karena alasan "isteri, mertua, tamu" akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu, "mertua datang, tamu datang silih berganti", yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri liqoat dakwah, sampai ia bisa mengutamakan agenda dakwah." (KH Rahmat Abdullah, Episode Cinta Sang Murabbi)"  

[Quantum Tarbiyah, Solikhin Abu Izzuddin hlmn. 87]




Ujian tanda Allah sayang.
Muhasabah.




:_
Al kahfi malam jumaat ni. Sudah baca ke belum ? Sudah ? Bagus ! Belum, shhuhh
pergi sana baca :D


Change your way

I’ve never cared too much about honesty.

Then why do I feel guilty over hurting a lot of other people’s feelings throughout the weekend, throughout my hang-over and gathering ? Why why why ? * Urrgh. Frowning and wondering why. Hailaa.


And maybe its about time I start wearing lesser amounts of jeans and shirts. Perhaps a bundle of long skirts and a dozen of loosee blouse should be nicer kan ? hope that I'm not one of the fashion disaster. Please be good. And you money, * keching kechingg. Come here to me, closer & closer  $.$



:_
Pengikis duit terhebat. Macamana nak dapat duit yg melimpah ruah dlm keadaan sekelip mata. Hm think ! Agaknya kalau ketuk2 awan tu, dapat tak hujan duit ?>.< Ngaihh, really hope so XD

Inside out




4944360860_84391345da_z_large



Sometimes its funny how life treat us. We never know what's ahead, but eventually we can choose how to pain it, what colours to use and so on. That moment when we have this 'envy' feeling towards others. Not like because the person got this straight-A's-brain-without-having-to-study-twentyfourhours-story board, but more like what the person has or have in his/her life. The people around them, the way they act, their behaviour or attitude. How we actually thinks that 'isn't good if me the one who got this privillege' or 'isn't it better if i'm the one who were in his/her place'. And to our surprise, without having to do anything beyond expectations, the other day as we woke up, we just realise how things changed. Changed differently. Like in a good way. In a way that we really want. In a way that we thought it could never happened. Became so thrill until we actually forgot how we 'used' to be. And how the other person is 'now' .



Untill we know, how the person is actually suffer to all sort of things. And at that moment we thought, 


'is this the same person I knew ?' The same person who I used to be envy with?
'Laa tak sangka dia macamni ?' 'Ingatkan dia macamtu'
And so on lah when we realize it. Speachless right ?

 Double shock heart to throw situations when we actually knew that how the other person is really envy towards us. It is just like WHOAA, How come ?!

Having those situations, now you knew what's the real meaning of 'bersyukur'. Bersyukur dengan what you have, has, even had. Being greateful,and start to see the whole world differently.



Its so funny how life treats us, really. It's a fact perhaps. Karma or what so ever. Daa.





The_prophet__s_was_called_by_tala_hassounah-d32rv7n_large

Upside down, three-hundred-and-sixty-degree. I'll be here come hell or hight water, In shaa Allah. 

Recap on february



 

Zikir Hasbiallahu wa ni’mal wakil, ni’mal maula, wanni’mannasir  tak putus putus dibibir. Moga moga dipermudahkan perjalanannya. Cepat lah, pantas lah wahai train. Kasihan mereka menunggu. Digit yang menunjukkan waktu di handphone dikerlingnya sekali. Senyum sungging terzahir di wajah. Haha, konon berjanji sepakat membawa berkat set pukul 9 ada di sekolah. Konon aje. Tergelak sekali lagi melihat masa yang terpapar. 9.10am. Hemm, kuburkan jelah janji janji manismu ye kawan kawan.  Tersenyum lebar. Hmm, kawan kawan. Rindunya pada semuaa !

+++++
“ Dah sampai ! Dimana anda ? “
Sender: A
3 Feb 2012- 9.32am

Kaki melangkah, mata melilau. Mencari kelibat sang teman. Tiba tiba, handphone ditangan berbunyi memainkan ringtone.

“ Hello,  mana kau ? Tak Nampak pun “
“ Hello,  aaa...Aah. Mana kau. Aku pun tak Nampak. “
“ Aku dekat depan ni haa, escalator. Kau naik cepat “
“ Aku dah depan ni, tak Nampak pun..”

Sekilas itu, train melintas.  Zhuuphhh!

“ Mana ? takde pun “ bunyi bising LRT membingitkan suasana
“ Aku..aku ada dekat..eh..betul lah kan..kejap..” Matanya dpat menangkap sesuatu.

Pandangan terhala kearah dua objek di hadapan. Yang seorang sedang sibuk bercakap di handphone manakala yang seorang lagi mundar mandir. Gaya seperti menunggu seseorang. Kejap kejap dilihat menjenguk kebawah, sekejap  di pandangya pula jam di tangan. Mata mula mengecil. Cuba mengecam objek di seberang sana. Hurmm, macam kenal je. Haa, memang sah. Hah ! Gelagat gaya mereka berdua seperti sedang mencari-cari seseorang. Yang di seberang sini pula sudah tersenyum. Sinilah weh.

“ Aan..kau..”
“ Manee ? Kau naik escalator tu..nampak tak.pastu..kau..”
“ Aan..haha..kejap..kejap..chill..kau cuba try pu..sing “
“ Pusing ? Pusing apa ? “ Badannya kelihatan teragak agak mahu pusing
“ Aaa, kau pusing. Ye pusing..ke belakang kau..Cuba pusing “

Si teman berdua di seberang berpusing serentak. Riak wajah terkejut menjadi first impression. Terus keduanya bertukar menjadi teruja tak terkata ! Sesi lambai melambai akhirnya tercetus dan serentak itu, pecah jua gelak kami bertiga.  Dipisahkan oleh rail train bukan penghalangnya. Wahai dunia lihat betapa girangnya aku dapat berjumpa si pewarna hati.  gembira melangit ! :D

Sesaat berlalu. Orang disekeliling menjadi pemerhati.
Erk, okay kelihatan agak pelik disitu.
Aduh terkinja melambai. Gelak terkekek kekek.
Sadis sungguh manusia ini !  
Ahh, bravo  ! Berjaya memalukan diri sendiri sekali lagi.
-.-‘

++++


Terserempak pula dengan Anis kemudiannya. Pantas kami berempat bergerak menuju ke station Maluri, Cheras. Bayangan sekolah mula bermain di mata. Inche Fara yg sudah lama penjadi pungguk rindukan bulan disitu secepatnya cuba kami dapatkan. Sampai sahaja. 

" Korang jom peluk ramai ramai ! " si teman bersuara
" JOM !! Aaaaaa " Berpelukan beramai ramai membentuk bulatan XD

Dan waktu itu.
Di tepi jalan itu. 
Di saat matahari garang memancarkan cahayanya.
Dunia seakan akan,
Menjadi saksi Lima sahabat lama bersua kembali.
Kecohnya waktu itu
Rindu :]





:_
Ya Allah, Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu