Feeling





Awak tau apa itu dosa ? Aha dosa yang kalau dulu dulu orang cakap, kalau buat masuk neraka * klise budak budak :) Dosa-dosa akan mengheret kita pada perkara perkara yang makin menambahkan dosa. Kalau tak disucikan, ia mungkin akan menyebabkan cancer.  Barah. Ini serious, no kidding. 

Sampai satu masa nanti, mungkin iman tak berdenyut lagi. Saat itu, kita yang dulu begitu sensitif dengan penyakit maksiat, akan jadi orang yang mengambil mudah dengan penyakit ini. Akhirnya, jadi tabiat. Habit. Kebiasaan, dan lama-lama sebati sebagai akhlak. Orang pandang pun, dah tak ada lg rasa malu. Apatah lagi, bila yang di langit tidak ternampak oleh mata, tidak terdengar ke telinga, dan tidak terasa di hati, malu itu tercabut. Tercampak entah kemana. Dan, bimbang sekali keimanan kita mencecah tahap zero. Hidayah Allah tidak sampai. Rahmat Allah tak mahu turun. Isk. Takutnya kan ?

Bercakap dari naluri dan perasaan lahiriah daripada hati sendiri.

Susah kan mahu berubah 100% tanpa berpatah balik?
Susah kan mahu istiqamah, tanpa jatuh?
Susah kan mahu menetapkan hati agar selalu teguh?
Susah kan mahu pujuk diri jiwa, supaya bersabar?
Susah kan mahu melepaskan nikmat-nikmat duniawi?
Susahkan mahu melanggar prinsip-prinsip kurang cerdik yang sudah sebati dengan diri?
Susah kan mahu buang karat-karat jahiliyah?
Susah kan mahu elak rindu yg jijik, yang kadang masih mencengkam naluri?
Susah kan mahu kikis cinta yang berbaur hawa nafsu, dan angan palsu?
Susah kan mahu tahan diri, sekat ego, buang malu yang tak selayaknya ada dalam diri ?
Susah kan mahu berlapang dada?

Kadang kadang, rasa macam nak  menangis. sepuas-puas hati haa. Biarlah sampai ke titisan air mata darah pun. Biar rasa ini hilang. Biar ianya pergi. Jauh dan tak akan kembali. 

Hah.
Dan, sungguh ya Allah.
Berkali-kali aku cuba.
Selalu jatuh, banyak kali
bukan sekali.

"Allah Ta'ala akan senantiasa menguji antum pada titik terlemah antum. Orang yang lemah dalam masalah uang, namun kuat dalam masalah jabatan dan wanita, tidak diuji dengan wanita dan jabatan. Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, maka akan diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah. Sampai ia berhasil memperbaiki kelemahannya itu, dan tidak lagi mudah tersinggung dan marah. Seorang yang sentiasa berlambat-lambat dalam dakwah karena alasan "isteri, mertua, tamu" akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu, "mertua datang, tamu datang silih berganti", yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri liqoat dakwah, sampai ia bisa mengutamakan agenda dakwah." (KH Rahmat Abdullah, Episode Cinta Sang Murabbi)"  

[Quantum Tarbiyah, Solikhin Abu Izzuddin hlmn. 87]




Ujian tanda Allah sayang.
Muhasabah.




:_
Al kahfi malam jumaat ni. Sudah baca ke belum ? Sudah ? Bagus ! Belum, shhuhh
pergi sana baca :D