Recap on february



 

Zikir Hasbiallahu wa ni’mal wakil, ni’mal maula, wanni’mannasir  tak putus putus dibibir. Moga moga dipermudahkan perjalanannya. Cepat lah, pantas lah wahai train. Kasihan mereka menunggu. Digit yang menunjukkan waktu di handphone dikerlingnya sekali. Senyum sungging terzahir di wajah. Haha, konon berjanji sepakat membawa berkat set pukul 9 ada di sekolah. Konon aje. Tergelak sekali lagi melihat masa yang terpapar. 9.10am. Hemm, kuburkan jelah janji janji manismu ye kawan kawan.  Tersenyum lebar. Hmm, kawan kawan. Rindunya pada semuaa !

+++++
“ Dah sampai ! Dimana anda ? “
Sender: A
3 Feb 2012- 9.32am

Kaki melangkah, mata melilau. Mencari kelibat sang teman. Tiba tiba, handphone ditangan berbunyi memainkan ringtone.

“ Hello,  mana kau ? Tak Nampak pun “
“ Hello,  aaa...Aah. Mana kau. Aku pun tak Nampak. “
“ Aku dekat depan ni haa, escalator. Kau naik cepat “
“ Aku dah depan ni, tak Nampak pun..”

Sekilas itu, train melintas.  Zhuuphhh!

“ Mana ? takde pun “ bunyi bising LRT membingitkan suasana
“ Aku..aku ada dekat..eh..betul lah kan..kejap..” Matanya dpat menangkap sesuatu.

Pandangan terhala kearah dua objek di hadapan. Yang seorang sedang sibuk bercakap di handphone manakala yang seorang lagi mundar mandir. Gaya seperti menunggu seseorang. Kejap kejap dilihat menjenguk kebawah, sekejap  di pandangya pula jam di tangan. Mata mula mengecil. Cuba mengecam objek di seberang sana. Hurmm, macam kenal je. Haa, memang sah. Hah ! Gelagat gaya mereka berdua seperti sedang mencari-cari seseorang. Yang di seberang sini pula sudah tersenyum. Sinilah weh.

“ Aan..kau..”
“ Manee ? Kau naik escalator tu..nampak tak.pastu..kau..”
“ Aan..haha..kejap..kejap..chill..kau cuba try pu..sing “
“ Pusing ? Pusing apa ? “ Badannya kelihatan teragak agak mahu pusing
“ Aaa, kau pusing. Ye pusing..ke belakang kau..Cuba pusing “

Si teman berdua di seberang berpusing serentak. Riak wajah terkejut menjadi first impression. Terus keduanya bertukar menjadi teruja tak terkata ! Sesi lambai melambai akhirnya tercetus dan serentak itu, pecah jua gelak kami bertiga.  Dipisahkan oleh rail train bukan penghalangnya. Wahai dunia lihat betapa girangnya aku dapat berjumpa si pewarna hati.  gembira melangit ! :D

Sesaat berlalu. Orang disekeliling menjadi pemerhati.
Erk, okay kelihatan agak pelik disitu.
Aduh terkinja melambai. Gelak terkekek kekek.
Sadis sungguh manusia ini !  
Ahh, bravo  ! Berjaya memalukan diri sendiri sekali lagi.
-.-‘

++++


Terserempak pula dengan Anis kemudiannya. Pantas kami berempat bergerak menuju ke station Maluri, Cheras. Bayangan sekolah mula bermain di mata. Inche Fara yg sudah lama penjadi pungguk rindukan bulan disitu secepatnya cuba kami dapatkan. Sampai sahaja. 

" Korang jom peluk ramai ramai ! " si teman bersuara
" JOM !! Aaaaaa " Berpelukan beramai ramai membentuk bulatan XD

Dan waktu itu.
Di tepi jalan itu. 
Di saat matahari garang memancarkan cahayanya.
Dunia seakan akan,
Menjadi saksi Lima sahabat lama bersua kembali.
Kecohnya waktu itu
Rindu :]





:_
Ya Allah, Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu