Di simpang itu

Pagi ketika kabus masih pekat menyelubungi atmosfera, ada yang gigih mahu menyelesaikan misi katanya. Healthy lifestyle kot, gelak ummi meletus mendengar jawapan ini daripada bibirku. 

Tak apa, taknak percaya sudah. 
Muncung seribu dah terukir. Ummi senyum tak sudah.

Azam sudah dipasang, digantung setinggi bintang di langit. Voalla ! Niat mesti betul, baru semua menjadi. Ya, bersukan kerana aku orang islam. Allah tak suka hambanya yang lemah, so kita kena kuat kan ? Nak kuat, nak sihat, kenalah sukan, baru Allah sayang ! *senyum nampak gigi*

Basikal yang sekian lama setia menunggu segera dicapai, Berbekalkan semangat yang ado dan sengih kera comel, kaki mula mengayuh. Kedengaran suara memerli di belakang.

Eleehh, ingatkan nak jogging. Sekali main basikal je !
Taknak breakfast dulu ke ?  dah masak ni..

Segera kayuhan dihentikan, ketawa giggle giggleee.  toleh.
Eh okay what, cycling & swimming adalah the best sport tau. Sukan yg paling efektiff. "Haha,  taknak lah ! Assalamualaikum."

+++++

Bayu pagi memang best ! Dengan scenery kota metropolitan yang berlantaikan jalan tar dan pokok pokok menghijau disepanjang jalan, memang betul betul calming. Bunyi enjen kereta satu demi satu kedengaran. Pagi yang padat, pagi yang sibuk. Tar hitam mula dilimpahi pacuan beroda. Mengomel sendiri, Tak bestnya jadi orang dewasa. Sibuk kerja !

Kayuhan demi kayuhan, mata terkadang rapat dipejam. Menikmati bayu pagi disini.

"Ahh sejuk juga ! It's ain't that bad okay, bandar pun ada jugak laa bayu sejuk macamni. Elleh, ingat kampung je ada ke ? " *luahan budak bandar yg cuba pujuk hati sendiri* Cehh

Pepohon melambai lembut ditiup angin. Terus dan tak sudah sudah berzikrullah mengagungkan yg Esa. Beburung yang turut menyanyi, terasa diri bagai diiringi. Subhanallah!

Sampai di satu simpang, terasa lelah mengayuh. Break ditekan, hembusan nafas keras dilepaskan. Lelah. Dan ketika itu sebuah kereta meluncur laju dihadapanku. Entah mengapa mata seperti ditarik oleh magnet untuk terus memerhati lagi. Sejenak. Pandangan terhala ke arah kelibat sepasang adik beradik yg kelam kabut kelihatannya. Keluar masuk rumah. Hendak ke sekolah agaknya. focus. Dan perasaan itu datang lagi. Halus lembut menusuk hati, perlahan cuba ditepis namun..

Saat itu, air mata mengalir.
Disekanya. Mengalir lagi.
Dipandangya lagi, selang seli.
Si adik dan si kakak.

Segera dipalingkan muka ke arah lain. Air mata mengalir laju di pipi. 

"Ya Allah, Engkau kah yg mengilhamkan rasa ini kepadaku ? Apa sebenarnya yg mahu Kau tunjukkan kepadaku..Aku belum cukup kuat untuk melawan perasaan ini.."

Ya, aku lemah. Aku belum mampu menepis rasa ini. Di simpang itu, aku lihat seorang gadis. Manis berjubah, lembut wajah miliknya dibaluti sehelai tudung labuh. Berjalan ke arah ibunya mungkin. Dan si adik, lengkap berkopiah. Ditangannya, kukuh al quraan di peluk. Kedua dua mereka menyalami si ibu, mendakap mesra. Si kakak tersenyum, si adik tergelak. Lekas diciumnya pipi milik si ibu. Ubun ubun mereka pula dicium ibu. Cut scene !

Dan scene yang berlaku  kurang dr 5 minit itu berjaya menumpahkan air mata seorang aku. Sekelip mata. Entah apa sebenarnya yang aku tangiskan. Aku cuma. Cuma sebak. Mereka, dan aku. Jauhnya beza. Hmm, outfit sukan. sleeveless shirt dicover dgn sweater, tracksuite, sport shoes dan tudung biasa yg selalu aku sarung. Lihat mereka, lihat aku. Dan air mata tumpah lagi.

Di simpang itu, cuma aku dan Dia, bermonolog sendiri. Menghentam perasaan yang sebenarnya sudah lama aku selindungkan. Di simpang itu, Dia cuba membuatkan aku mengungkap apa yg aku simpan di kotak paling dalam hatiku selama ini. Mengakulah ! Sebenarnya kau mahu bukan ?  Dan disimpang itu, aku akhirnya akur juga dengan kehendak hati. 

Ya..sebenarnya aku mahu. Mahu menjadi seperti itu, mungkin seperti dahulu ditempat yang sepatutnya kaki ini berdiri. Mahu jadi seperti itu, bukan seperti yang cuba aku ikuti sekarang. Bukan. Semua sisa sisa yang aku ada sekarang ini hanya diatas kehendak yg terlalu mengikut  revolusi enviroment yang yg aku hadapi. Pernah aku kata kepada temanku, tak mungkin aku jadi seperti mereka. Kolot !

Tetapi sebenarnya..aku rindu. Rindu hendak jadi seperti pasangan adik beradik tadi. kerana, dahulunya..kehidupan aku jua begitu. Aku malu ! Malu dengan diri sendiri. Kenapa aku pernah jauh tersasar ? Sedangkan aku dibesarkan dengan acuan islam yang cukup sempurna. Al quraan dan sunnah tak pernah lari daripada pegangan keluarga ku. Malunya Ya Allah !  Sungguh aku malu teramat. Sedang ada keluarga yg biasa biasa sahaja namun mampu melihat anak gadisnya menjadi seorang yg cukup luaran dan dalamannya sebagai seorang muslimah. Terdidik jiwanya dengan tarbiah. Luhur hatinya dengan ihsan, manis bicaranya menyapa telinga. Sedang aku ?

Sedang aku, baru dapat melihat keindahannya itu sekarang. Baru belajar merangkak ke arah jalan yang aku tinggalkan dahulu. Baru menyedari jalan yang aku lalui dahulu adalah jalan yg sebenarnya yang aku mahukan untuk hati ku. Bukan jalan mereka yang sementara sahaja manisnya yang cuba aku ambil.  Mujur Allah menyentuh hati ini, Ya Allah..sayangnya Engkau padaku. Memberi peluang kedua untuk aku kembali menyembah kepadaMu. 


Syukur alhamdulillah, kau hantar mereka mereka yang dapat menarikku semula. Syukur ya Allah kau ilhamkan rasa damai itu apabila aku melihat mereka, apabila aku melihat kebaikan, apabila aku terdengar alunan kalam indahmu. Syukur Ya Allah, kau datangkan hikmah atas setiap satu luka yang kau berikan padaku. Terima kasih atas hadiah ini. 


Lantas air mata apa yang sedang aku berusaha untuk menyekanya sekarang ini ? Bukankah Allah sudah menganugerahkan anugerahnya yg paling besar kepada kau ? Rahmat dan hidayahnya yang sudah dilimpahkan kepada engkau ? Bukankah semua itu sudah kau dapati ? Lalu untuk apa aku menangis ini ? Untuk apa air mata ini ? Aku senyum* dan aku tahu masih ada yang kosong yang perlu aku tunaikan kedalam bentuk amal.


Ya, aku perlu.

Perlu menjadi diri sendiri semula.
Kerana aku tahu, apa yang diperlukan oleh hatiku.
Bukan mencuba meniru orang lain disekelilingku.
Bukan dengan gaya ini, bukan untuk kepuasan nafsu semata.
Bukan cara hidup seperti ini walaupun acuan hidupku islam.
Kerana masih ada yg tertinggal, masih ada yg perlu aku letakkan semula diempatnya.

Dan harapnya, aku mampu mengejarnya semula. Dan masih belum terlambat. Ya ALLAH, kau tegarkan hatiku, agar aku terus istiqamah melakukan kebaikan, kekal diatas jalan dakwahMu dan setia imanku denganMu. Allahumma Ameen !


:________
p/s: Doa doakan aku sahabat !