7.00 pm




Bila rasa iman turun jatuh merundum dush ! seminggu dua ini, segalanya seperti membebankan. Benda kecil jadi besar, benda simple jadi kusut bersimpul simpul. Teremosi sana sini. Terberangan dengan lebihnya. Dan yang paling menyayat hati bila lansung tak dapat focus dengan amal. *kecewa dgn diri sendiri*

Jadi bila fikir-fikir, mungkin bila iman kita jatuh, keyakinan kita pada Allah juga automatik akan berkurang, maka natijahnya kita mungkin kurang berdoa. Dan kita juga mungkin kurang kebergantungan pada Allah, tapi lebih pada diri sendiri. 

Naudzubillah. Inilah kot sebabnya munculnya rasa takut dan gelabah tu kan ? 

Tapi, bila iman sedikit naik, maksiat kurang, dan rajin beribadah sikit. Pasti rasa tenang walaupun dilanda masalah. Sebab kebergantungan pada Allah itu ada. 

Maka kita yakin yang Dia akan tolong kita. 
Dia akan mudahkan jalan-jalan kita. 
Dia akan lapangkan masa-masa kita. 
Dia akan sembuhkan sakit-sakit kita.

Ya Allah.

Bila rasa iman sedikit goyah, dan hati tak berapa tenang, baca Al-Quran banyak-banyak kali. Berlama-lamaan dengan Al-Quran. Andailah halaman pertama, kedua, dan ketiga belum menyentuh dan meresap ke hati, insyaAllah, yang kesepuluh pasti mampu menyuburkan rasa tenang itu! 

Atau sujud lama-lama. Atau doa dengan mata terpejam rapat-rapat. Dan dengan berdoa terkumat-kamit yang sederhana dan khusyuk, insyaAllah. 

Kalau kita merasakan Rasulullah itu sungguh halus, santun, dan pemaafnya baginda. Kalau lah kita merasakan kasih ayah itu sungguh di mana-mana, Dan kalau lah kita merasakan sayang ibu itu dalamnya terlalu.

Maka, siapakah Dia ?

Bukankah Dialah yang menciptakan seorang Rasulullah, menjadikan seorang ayah, dan menitipkan seorang ibu buat kita ? 

Maka, 
KasihNya tentu lebih-lebih lagi :]

Ayuhlah, sama-sama mengatakan:

 "Saya sayang Allah. Saya cinta Allah".

Cari Dia ! Jangan biar Dia pergi ! 
Wallahhua'lam. Fi Amanillah

:______

‘If we truly understood how fragile our life is, we would have a better relationship with our Creator.’
— Unknown.

3.35 PM

3.35 PM.
Petang yang mendung.

proudtobeamuslim:

every day is a blessing from Allah .. so thank you my lord for giving me so many chances while I`m still do sins .. please forgive me .

Every day is such a blessing from Allah. So I thank you my lord for giving me so many chances. For this smile and for all :]

Setinggi tinggi kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan. Alhamdulillah !

Masih dapat menyebut kata kata cinta, masih dapat membaca love letter <3, masih dapat bersujud mengesakanNya dan yang paling paling penting masih diberikan peluang untuk terus bernafas dan beribadat kepadaNya. 

Alhamdulillah once again !

khadimulquran:

Till we meet Allah..
^_^

It was only a smile, nothing more. It didn’t make everything all right. It didn’t make ANYTHING all right. Only a smile. A tiny thing. A leaf in the woods, shaking in the wake of a startled bird’s flight. But I’ll take it. With open arms. Because when spring comes, it melts the snow one flake at a time, and maybe I just witnessed the first flake melting ^^v

Well dipendekkan cerita, I got what I want. This sixteen of april eyyy. Cuak-est -.-' But I hink this is the one. The chances. Should be the turning point I guess. Though it will be a great starter. InsyaAllah. Succeed for my undertaking future, fiddunia wal akhirah is going to be my destiny. To the beyond and infinity shall we ?! :DD

breakupstory:

This year.

Insyaallah. :)

A little bit harder ? Hmm, course I have to ! Chase for it, by hook or by crook. No excuse. Take the risk , conquer your fears. Hopefully, everything will runs smoothly. No flaws, pleaseeee.

 "You have a dream..Well make it happen. Don’t cry over spilled milk, let the bygones be bygones. Because you just don’t or cant control gravity nor the past. Only Yourself then ! "

Fi Amanillah !

:____
Wondering what kind of impression and gestures that I need when I see this statement.

" Anda berada di kem PLKN siri ke 3 " o.O'

Gulp, whattttttt is thisssss ? Lambatnyaaaa ! 
#Dalam hati "Elehh, bukannya kau pergi pun. Muahahaha " * evil laugh*

You're not alone

Yeah. We do change, because we have to.

Untuk beberapa minggu belakangan ini, saya realize saya act masih tak mampu lagi nak buang satu tabiat yang, hmm.. sebenarnya tak baik. Walaupun berulang kali membina azam yang sama, dan tak putus-putus mencuba lagi dan lagi, tapi masih gagal lagi. 

Bila satu hari, saya ambil waktu berterus terang dengan seorang sahabat, kata dia;

“setiap 'kelemahan' yang kita sedang baiki, mungkin itulah 'tiket' yang Allah mahu bagi untuk ke Syurga. dan setiap orang, berbeza 'kelemahan'nya”.

Bila fikir-fikir balik, betul juga. dan tak ada jalan lain lagi, melainkan muhasabah dan mujahadah tak henti-henti. memetik kata kata klise:

"dosa kecil yang diulang-ulang saban hari pasti membesar dan membekas. begitu juga doa-doa kecil yang disering-seringkan, pasti mengesan dan membentuk!"

Kita akan rasa semangat bila kita tahu, orang lain pun ada kelemahan dan sedang berjuang dengan kelemahannya. oh, rupanya bukan kita saja yang ada masalah ini. oh, rupanya kita tak bersendirian !

Jadi, untuk orang-orang yang merasakan dia lemah tapi masih juga mahu berubah ke arah yang lebih baik, ketahuilah saya pun ada sisi lemah tersendiri. kita sama, dan moga dengan persamaan ini, kita dapat berjuang bersama!

"Allah, jadikan aku-dia manusia sederhana; hapuskan ego, akur kelemahan. dengan cinta, awalkan hijrah aku-dia untuk tak pernah jemu, belajar dan belajar demi pembaikan diri.  dan, lembutkan hati aku-dia sebagaimana hujan-Mu selalu membasah tanah gersang! tetapkan aku-dia, selalu bersama di jalan muhasabah dan mujahadah yang sama, menuju redhaMu. saksikanlah, saksikanlah aku-dia sedang berjuang dengan hati dan hawa nafsu sendiri !" 



amin ~
Fi Amanillah !






:)

Monolog


Pejam mata rapat rapat. Wajah diraup.

Tak suka nak tahu sebab tak suka rasa ini datang lagi. Tapi bila sekali dah teringat mesti nak ambik tahu jugak. Sipi sipi pun jadi lah kan. Kenapa degil sangat ni ?!

Jadinya rasa ini datang kembali. Padan lah muka, siapa suruh ambik port -.-'

Kiranya kau pergi sekalipun, kenapa perlu aku hiraukan ? 

Hisyy, ada yang tak kena ni. Kereta sorong, bawak hati masuk lab, pisau, gunting, benang siap ! Bersiap sedialah wahai hati, aku mahu menganalisa engkau. Duduk situ diam diam.

Bangkit.
Berwuduk; menyucikan diri, lebih-lebih lagi hati ini !
"Sang peragut ketenteraman hati, menjauhlah. Duniaku, mengecillah."



_______
p/s:"tidak lurus (istiqamah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus, dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya." hr ahmad

Hilang



" Lepasni, dah tak payah dah nak berebut balik mana dulu time pagi raya "

Toleh ke arah suara itu.

" Tak dapat makan rendang sedap lagi "

Dahi berkerut. Apakah ? -.-'


" Hmm, tau takpe. Eh jangan lah touching sangat. Rendang sedap ? Eh dia ni..itu pulak yang dia fikir. Rendang tu org lain yg masak lah. "


" Yelah.. tapi sedih kot. "


Tunduk. Kelihatan dari sipi, air mata dikesat menggunakan belakang tangan. Sebak.

"Nas, sabar lah..orang lain pun sedih jugak " *Pujuk hati*



+++++

Kata Om Uni, " Takpelah, memang dah sampai masa dia. Ini pun Allah dah bagi bonus banyak, bukan sikit..memang banyak sangat. I mean..ninety-two . Lama dah tu. Jarang dah org lain boleh tahan mcm ni. "

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..

Dalam tenang, saya terasa sesak. Tipu kiranya jika saya kata hari itu saya lansung tak terkesan. Berhari hari bahkan hingga ke saat ini sebenarnya saya masih terbayang raut wajahnya dan suaranya. Dan yang paling membuatkan saya terbayang bayang ialah ketika saat saya menciumnya buat kali terakhir.

Sejuknya ! Masa itu, Allah saja yang tau.
Sedih saya, sebak saya, takut saya. Bercampur baur.
Akibatnya, tiga malam berturut lampu bilik tidak dipadam ketika tidur ://

Apa yang pasti, saya sering terfikir, bagaimana agaknya ya kalau saya di tempat arwah. Cukupkah amalan saya ? Sudah sediakah saya untuk bertemu dengan Sang Pencipta, Al Khaliq ?  Allahu Akbar ! Moga kita diberikan kesempatan untuk membuat kebaikan sebelum kita dihantar untuk bertemu denganNya.

:__


Hari khamis, dalam sejarah. Moga arwah nenek ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.

Believe

39704_142754089076783_140260422659483_325851_4293775_n_large


Sometimes I believe dreams have their own secret energies. From time to time, you gonna catch a significant ones which you could relate to your reality. It's either positive or negative. I guess it's more to what you believe from deep within thyself. Other time around, it would be left as the game of the mind. Shuuhh away.





Yet, I always feel inferior. Kenapa ya ? 

Sebab kau tak percaya dengan diri kau sendiri Ain. Masih dengan Low Self Esteem ! Bangun la der, you can beat them with your own style.  

Tetapi entah mengapa, aku masih tak percaya aku boleh buat * geram * Mungkin terlampau lama duduk di bawah membuatkan aku rasa tak mampu. 

Kau terlalu pandang orang yang berada di atas, sampai kau lupa kau punya segala lebih daripada orang yang berada di bawah !

Tapi aku..

Apa lagi yang hendak kau tapi kan ? Enough of tapi, berhentilah memberi alasan ! Kau seharusnya bersyukur ! Kau punya segala, kau punya keluarga, punya akal, punya fizikal yang lengkap hatta nikmat Tuhan yang paling besar juga kau ada. Kau ada kesempatan ! Kau masih ADA. Kau ada DIA.

Jadi pastinya peluang itu masih ada, masih terbentang luas untuk kau terus berusaha mengecapi apa yang kau impikan. Jangan kau bandingkan nikmat yang mereka dapat dengan nikmat yang kau punya. Kerana ujian mereka juga berbeza dengan ujian yang kau hadapi. Bersyukur lah & Believe in Him.

Ya, aku lupa untuk bersyukur. Aku lupa Aku punya Dia & Bila aku punya Dia, aku lupa aku punya segala sebenarnya :]

:// Ya Allah, kau jadikan lah aku daripada golongan yang sedikit itu ya Allah, iaitu golongan yang mensyukuri nikmatMu. Allahumma Ameen. - Doa yg sering diamalkan oleh Saidina Umar Al Khatab -