Monolog


Pejam mata rapat rapat. Wajah diraup.

Tak suka nak tahu sebab tak suka rasa ini datang lagi. Tapi bila sekali dah teringat mesti nak ambik tahu jugak. Sipi sipi pun jadi lah kan. Kenapa degil sangat ni ?!

Jadinya rasa ini datang kembali. Padan lah muka, siapa suruh ambik port -.-'

Kiranya kau pergi sekalipun, kenapa perlu aku hiraukan ? 

Hisyy, ada yang tak kena ni. Kereta sorong, bawak hati masuk lab, pisau, gunting, benang siap ! Bersiap sedialah wahai hati, aku mahu menganalisa engkau. Duduk situ diam diam.

Bangkit.
Berwuduk; menyucikan diri, lebih-lebih lagi hati ini !
"Sang peragut ketenteraman hati, menjauhlah. Duniaku, mengecillah."



_______
p/s:"tidak lurus (istiqamah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus, dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya." hr ahmad