Hilang



" Lepasni, dah tak payah dah nak berebut balik mana dulu time pagi raya "

Toleh ke arah suara itu.

" Tak dapat makan rendang sedap lagi "

Dahi berkerut. Apakah ? -.-'


" Hmm, tau takpe. Eh jangan lah touching sangat. Rendang sedap ? Eh dia ni..itu pulak yang dia fikir. Rendang tu org lain yg masak lah. "


" Yelah.. tapi sedih kot. "


Tunduk. Kelihatan dari sipi, air mata dikesat menggunakan belakang tangan. Sebak.

"Nas, sabar lah..orang lain pun sedih jugak " *Pujuk hati*



+++++

Kata Om Uni, " Takpelah, memang dah sampai masa dia. Ini pun Allah dah bagi bonus banyak, bukan sikit..memang banyak sangat. I mean..ninety-two . Lama dah tu. Jarang dah org lain boleh tahan mcm ni. "

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..

Dalam tenang, saya terasa sesak. Tipu kiranya jika saya kata hari itu saya lansung tak terkesan. Berhari hari bahkan hingga ke saat ini sebenarnya saya masih terbayang raut wajahnya dan suaranya. Dan yang paling membuatkan saya terbayang bayang ialah ketika saat saya menciumnya buat kali terakhir.

Sejuknya ! Masa itu, Allah saja yang tau.
Sedih saya, sebak saya, takut saya. Bercampur baur.
Akibatnya, tiga malam berturut lampu bilik tidak dipadam ketika tidur ://

Apa yang pasti, saya sering terfikir, bagaimana agaknya ya kalau saya di tempat arwah. Cukupkah amalan saya ? Sudah sediakah saya untuk bertemu dengan Sang Pencipta, Al Khaliq ?  Allahu Akbar ! Moga kita diberikan kesempatan untuk membuat kebaikan sebelum kita dihantar untuk bertemu denganNya.

:__


Hari khamis, dalam sejarah. Moga arwah nenek ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.