Restart

Prologue:_



Kaki yang tersadung itu, gagal menampung duka. Lalu jatuh, rebah mencium bumi. Pandangannya kelam, basah dek selaput air mata yang bertakung di tubir. Pandangannya terarah. Cerah mentari menyinsing difajar sana. Senyuman dikoyakkan. Angin lembut menerpa. Segera air mata ditepis. Benar, air mata itu tanda sedih. Kecewa. Amarah. Juga gembira. Setitis air mata yang menjadi sebuah titik tolak permulaan yang baru. Segala kepiluan. Kekecewaan. Bergabung jadi satu, mencelikkan minda yang sekian lama berhibernasi. Membuka mata yang lama sudah terpejam. Menghasilkan sebuah paradigma yang mungkin bakal mengubah sebuah episod kehidupan insani. Bangkit. Bertahan dan terus bertahan. Mencuba. Mara ke hadapan. sederap demi sederap langkah. Akhirnya,

kembali mekar seraut garis manis kurniaan Ilahi di raut wajah itu. Lihat, persis suria bukan ? Ketawa. Sebentar, mana pergi air mata tadi ?  oh si air mata ? Dia masih disini. Masih kekal setia menemani. Tidak lari kemana. Kerana dia itu peneman setia. Tersenyum lagi. Dan aku ? Berfikir sejenak..

Tiba - tiba seseorang mengajukan soalan, 

" Masih disini ? Setia dengan stop and stare ? "

Senyum, " ya. Masih Dan akan kekal terus disini. "

Kening berkerut,  " kenapa stop and stare ? "

" sebab, kita perlu berhenti dan melihat untuk berfikir, apa yang terjadi disekeliling kita. Perlu  high detail, observation. focus.  jikalau kita tak berhenti dan melihat, observe betul-betul macam mana kita nak hayati, macam mana nak mendalami. Ye tak ? Sama macam hidup lah, kita berhenti, kita mencuba. Tersilap, betulkan balik. Dah siap satu benda, jalan terus. Pengalaman jadi guru terbaik, kesilapan lampau tak kita ulangi. Kalau lah dulu tu tak berhenti dan cuba, tak berhenti dan lihat, buat refleksi balik. Agak agak nya dari dulu duk ulang benda sama. Tak maju la gitu"


si teman mengangguk faham.






looking back. almost 4 years,2 blogs, and draft yg berhabuk. I was this average, plain nothing-nobody yang pretty much trying to do what I liked d'best dan bila tengok balik sekarang,masih sama je. Er, I am still the plain 'ol average nothing-nobody yang pretty much masih macam tu juga. Feel like, okay. I am that lazzyy. This is one two Eyy. 

Everybody has a past. everybody lives a present. everybody deserves a future. that was I and this is me. Nothing to be shocked. Saya masih saya. Hehe !

//; Aku menulis bukan bermakna sudah penuh ilmu di dada tetapi diri menulis kerana menyedari betapa lemahnya diri. Penulisan mungkin belum bisa dijadikan kayu ukur kerana itu kenalilah diri ini terlebih dahulu. Akan kau temukan kecacatan pada hati, akan kau temui lubang yang perlu ditampal. Menulis bukan bermakna begitu banyak sudah bicara yang telah diri amalkan tetapi diri menulis kerana hanya ini mungkin medium yang bisa berkongsi manfaat dan membuat hati bertaut dekat. Usah dinilai diri ini berdasarkan apa yang ditulis kerana aku juga tidak mengetahui apa pandangan-Nya terhadap diri ini. 

Andai diri ini salah, lontarkanlah kata-kata tanpa ragu. Andai diri ini silap, tegurlah usah ditangguh. Sungguh aku insan yang begitu banyak mengatakan "aku tak tahu". Hanya untuk peringatan buat diri sendiri dan juga kepada si pembaca yang sudi. Kerana itu yang bakal menolong saat jasad sudah ditelan bumi. Insya Allah.

:_____________
Psst:// Entry lama banyak sudah yang di delete. Tak bermanfaat dan entah apa apa. Hihi, maaf ye kalau masih ada entry lama yg tersisa. Itu hanya sekadar kenangan.