Inner and outter




Layaknya manusia itu harus dinilai dari segi apa ?


Sekarang, depan mata

atau masa silam, gelap dan kelam mereka ?
Luaran atau dalaman ?




sinisnya mata menjeling
lajunya bibir menutur aggapan
cepatnya hati su'uzzon

melihat luaran lebih daripada dalaman. 
Heh ! You guys do judge the book by it's cover aite ? 

Emangnya, yg diam sopan itu solehah dan yg havoc itu oppositenya ya ? 

Yang berupa, dijulang-julang
dipuji dan diberi pingat

Yang kurang ada rupa, dipandang enteng
dibelek diselidik diperhati dgn teliti
mencari apa yg kurang 
apa yg salah. Hm.
sadis bukan?
                                             ++++

Kata orang, luaran itu cerminan dalaman. Cerminan iman, cerminan peribadi. Begitu juga dengan sahabat. Cerminan siapa diri kita yg sebenar. Tapi ingat, kita adalah diri kita. Takkan mungkin jadi yg lain. 

Tak bermakna berperangai gila gila, berkawan dengan geng yg sekepala gila -nya, imannya turun, solatnya tak khusyu', hatinya lalai, dirinya sering melakukan maksiat. Tak bermakna silamnya hitam, dia yang kini juga masih begitu.

Mungkin ada sebab mengapa mereka jadi begitu, mungkin dengan berpewatakan seperti itu dapat menutup kesedihan atau masalah yg mereka hadapi , mungkin dengan berkawan dengan orang yang tidak sesolehah mana itu memberikan mereka peluang untuk mengajak mereka yang lain bersama sama bertatih menuju redha-Nya, lagi dapat melihat betapa besarnya rahmat Allah yg sentiasa beri pada kita dan mungkin mereka memencilkan diri daripada orang yg hebat hebat itu kerana rasa rendah diri yang membelenggu mereka, malu dengan diri yang tidak setaraf hebatnya dlm membicarakan perihal agama. Who knows ? 

Bila kita fikir dalam dalam, kita tahu everything happens for a reason. Tahu cakap, tapi kenapa bila fikir tak boleh nak cerna dalam minda pasal statement  tu dalam dalam ?

Kenapa terus menilai ?

Konon kononnya sibuk mencari jalan penyelesaian utk menarik kembali insan yg dianggap bermasalah , tapi kenapa tak pernah nak faham puncanya apa ? kenapa tak pernah sungguh sungguh taaruf dan dekati insan tu dgn lebih dekat ? Kenapa tak berukhuwah dengan mesra & mantap  dgn insan tersebut ?

Dan kenapa golongan yg di anggap pro terel pasal agama ini tak pernah nak faham golongan yang lagi satu ?

Kalau benar mahu membimbing, bukan ini caranya. Bukan dengan usaha besar  seperti tazkirah, usrah, ajak i'marahkan musolla dan ajak qiam tp dalam masa yg sama su'uzzon dah half drpd kepercayaan kita pd insan tu.

" Dia ni kan budak sekolah agama, belajar agama, quran mantap, tudung labuh, pergi usrah tapi...kenapa dia..." "Kan dia tahu semua benda tu tak boleh, kenapa buat, kan dah besar, kan dah tahu difrentiate baik buruk"  " Mcm suspicious je dia tu, hmm yelatu dia kann 'mcm' tu dulu " Kenapa kenapa kenapa dan kan kan kan.. * 

Instead you keep asking kenapa dan meng-kan kan orang and then you assume yg bukan bukan hingga ke taraf su'uzzon, why don't you make a move ? Bersahabat lah dengan lebih mantap, fahami dengan lebih mendalam. Kita tak boleh anggap insan yg punya didikan agama seperti kita ni serupa backgroundnya, serentak hidayah yg dikurniakan Allah kpd kita, serupa cara pemahaman mereka terhadap agama. Terima kenyataan bahawa everyone is different. Put their place into your shoes.


Siapa kata nak berubah tu perlu 360 degree change in one second ? 

Slowly. bersabarlah membimbing mad'u kita. Jangan terlampau meletakkan
harapan yg " oh, dia faham agama, so supposedly dia dah patut tahu n buat 
semua tu" Enough is enough. 


Kalau lah islam tu mencari kesempurnaan dimata manusia alamatnya tak ada
lah umat islam seramai ini pd zaman sekarang ni. Betul tak ?




                                                ++++

Cukup cukup lah menilai dr kulitnya
cukup cukup lah menyangka yg bukan bukan tentang intinya
cukup cukuplah berkata buruk tentang tajuknya 

Mula lah berlapang dada menerima apa adanya perwatakan, perangai dan latar belakang insan lain. Enough lah buat gencatan senjata su'uzzon si silent killer tu. Highly fatal kaaayy.

Memang ianya nampak kecil, sangkaan je pun. Tapi yg kecil itu lah akan membesar. Dengan yg kecil itu lah, fitnah boleh tercetus, umpatan jadi makanan harian. Bonding ukhuwah terlepas satu persatu, dendam mula bercambah, akhirnya si starter yg pada mulanya hendak berubah mula fade up, mula menyampah dgn orang orang agama ini dan mula rebel secara luaran dan dalaman. 

See ? Nampak tak permainannya disitu ?

Kan rugi, elok elok orang nak berubah tapi sbb silent killer yg dilancarkan oleh kita tu habis ranap musnah terus azam insan lain. Tak rasa bersalah ke ? Kita nak approach org tp sebab kita salah technique, daripada yg teringin terus menjauh dan yg baru berminat terus melarikan diri. 

So how ? Tahu dah kenapa insan insan tersebut makin rebel ?
Sebab siapa ? Sebab anda sendiri. So who should be blame for this ?
You decide it :]

Fi Amanillah !
:__________

p/s: walaupun saya bukan hasil produk tarbiyyah terbaik. Saya tak hipokrit. Itu diri saya. Anda nak judge macam mana terserah. Tak kenal tapi dah boleh assume macam macam, fuhh memang kasyaf la. Tabik springg*  Saya tak lari, anda yg rasa saya lari. Kenyataan.

sekadar contengan buruk kepingan papan. 
mungkin dakwah ini tidak perlukan saya,
tapi saya perlukan ia untuk bernafas
dan saya perlukan orang orang dakwah ini
yg benar benar ikhlas membimbing saya *senyum segaris*